Monday 28 March 2011

19 March - 28 March 2011

waa....tempoh yang agak lama tidak mengupdate blog....

19 March 
Pagi2 siapkan sarapan utk kawan sekolah nk ke Manchester. =) Nasib baik sempat sebelum bus sampai.Alhamdulillah juga bersama2 housemate pergi ke Waraick. Kak ira jemput ke rumah utk makan2 bersama2 Kak Rohana yang akan pulang ke Malaysia bulan 4 ni. Dapat makan Nasi kerabu. sedap jugak rupenye nasi kerabu ni.Kat Msia x pandang pun nasi kerabu sbb nmpk cm pelik..hehe..kat sini tetibe jadi sedap nasi kerabu..=).Alyaa berkenalan dgn warga2 warwick yang selalu menemani ku di perantauan ini..=) Erma mengahdiahkan Alyaa selendang baru yang cantik.jzkk Erma..=)
Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Warwick yang sudi melayan kerana saya...=) Semoga ukhwah ini sehingga ke syurga.amin....Semoga Allah merahmati kalian...Amin...

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al Hujurat: 10)

Alhamdulillah semakin rapat dgn housemate..=) 

nabila majid..=)

20 March
Date dgn Wani pulak kat Warwick.Wani ni kawan sekolah lama (SMAKL).Dapat naik kereta dgn wani sambil menceritakan isu2 semasa kini...hehe smpai sesat jalan sekejap.Alhamdulillah dapat jumpe jalan pulang dgn selamat..ptg pulan ke Birm.

azwani.....=)
 
21 March
Duduk di rumah siapkan assignment dan prepare utk interview slot esok...

22 March
Alhamdulillah urusan interview dipermudahkan..amin...Skrang boleh start untuk buat finding...

23 March 
Menghadiri workshop with parents mengenai "sleep routine" dan juga date bersama2 supervisor seperti biase.

24 March
Last class for philosphy....First class for working with community. Sgt2 penat. Bertolak ke Warwick seperti biase.

25,26,27 March
"Rehat"

28 March
Back to work..=) Hari ni siapkan unique child, positive relationship n learning development. =)


Let us be a productive muslim by visit this page http://www.productivemuslim.com/

Jumpe lagi...=)





Friday 18 March 2011

Sambungan NEXT...

13 March 2011

Ya...Akhirnya kumpulan yang menggungguli Andalusia ..dh agak dh sbbnye last year kumpulan ni dapat nombor 3.plus vokalis nye suare mmg mantop dan lirik lagu yang mudah difahami..Syabas dan tahniah.ni lagu dari kumpulan Andalusia..http://www.youtube.com/watch?v=BwiulJCL5xc&feature=player_embedded....Marilah kita mengahayati lirik lagu yang disampaikan.Tema NEXT for this year "What about NOW?????"

Pukul 6 ptg saya dan warga2 Warwick bergegas mengejar bas utk pulang ke tempat kami.Alhamdulillah kami selamat sampai dgn selamat...Thanks kpd kwn2 sepil yang sudi melayan kerenah2 kami warga Warwick ni..hehe..eh tapi saya Birm..erm kire skali la..=) hehe..dua identity??? layan....

14 March 2011

Kembali memikirkan semula soalan2 interview dan questionnaire....... Alhamdulillah siap..=) Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku utk memberi questionnaire kepada parents2 nursery class pada esok hari..Amin....

15 March 2011

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar..Thanks a lot kepada Miss Ward n Miss Nelson diatas kerajsama dan pertolongan yang diberikan.I gonna miss them...Erm nnt nak masak nasi lemak la nak bagi diorang rasa makanan Org Melayu..=) hehehe..Apakah reaksi mereka ek bile makan sambal nnt...hehe...=)

16 March 2011
Date with Wal n Peter..Ape lagi, laporkan segala kerja2 yang telah dibuat...Tapi ari ni kurang best sbb Wal n Peter sgt2 bz n penat.Takpe2 hope next week will be cheerful as last week..Amin..Ari ni masak ayam goreng sambal dgn kuah lemak kobis..=)

17 March 2011
Ari ni x de class...Independent study..Pada rancangan awal, saya dan housemate saya nk joging pagi2 pkol 7.tapi upen2nye housemate saya x de sport shoes..jadi perancangan kami dibatalkan..Pada tgh hari saya berskype dgn family (ibu,abah,nenek,adik taufiq n baby) =)...erm x sabarnye la nk balik Msia....Miss them so much..Disebabkan selalu ari ni sepatutnye ade class, tetibe class xde rase cm weekend la pulak kn..aiyoooo...

18 March 2011
Pagi hari tetibe teringin nk exercise konon(bak pepatah arab Al-Aql Salim Minakl Jismi Salim) =)..hehe..kalau dh sorang2 exercise yang boleh dibuat ialah senaman aerobic ..hehe..ape lagi sifu you tube ade...ikut la the basic step....hmm..penat jugak....huhuhu...ha....skrang dh pukul 8...dh kene strt mengikut jadual iaitu check the research ethics guidleines and cheklist dan cari theory dan aktiviti yang berkaitan dgn Early Years Foundation Stage (EYFS) [A Unique Child, Positive Relationships,Enabling Environment,Learning and Development]...Harap dapat siapkan hari ni..Amin.....
Last but not least, hari ni kawan SMAKL nk tdo umah..huray......name beliau ialah Nabila Majid...=)


BA (HONS) Early Childhood Education Studies..=)

~Nurul yang rajin~ =)




Sunday 13 March 2011

kehidupan minggu ini.....

8 march 2011
Ari ni g sekolah n beli brg dapur kat Wing Yip.Miss Darr tunjukkan set up baru utk dis week theme iaitu beach..=) sgt2 menarik dan kreatif... Insyaallah segala ilmu yang dipelajari disini akn aku aplikasikan di Malaysia nnt..Amin...
 cantik kn????

 environment yang menarik minat kanak2 utk belajar.=)

Lepas balik sekolah g Wing Yip beli barang umah tetibe nmpk ade DURIAN...=) sedapnye.. tapi mahal sgt2 harga nye..sekilo 3.35 pound.....huhu





9 March 2011
Pergi ke class seperti biasa...then pergi ke prayer hall sblm pergi ke library.Tibe2 ade org interview mengenai "Apakah agama kamu dan huraikan"..Student ni bukan islam dier amik course media dan mengkaji bahagian culture.Saya pun memperkenalkan diri dan memulakan bicara..=)

10 March 2011
Class philosophy yang menarik sbb dudk dlm kumpulan yang baru.jd dpt tmbh kwn baru.=).Ptg pergi ke Warwick.

11 March 2011
Bertolak ke Sheffield. Teman qilot membeli brg2 utk dijual dan belajar masak nasi jagung.

12 March 2011
Sheffield Game dan melawat museum.....

13 March 2011
NEXT.... kumpulan manekah yang akkan mengunguli NEXT 2011? Kite nantikan sebentar lagi...

Monday 7 March 2011

Hidup seorang pelajar.....

Pelajar???
-bangun subuh
-skype dgn ibu
-sarapan
-packing makanan dan bersiap ke library (sambil2 blajar sempat khatam cite 'trilogi cinta' yang sedang hangat di Malaysia sekarang) -wani yang tukang promote plus ibu pun suke gak tgk cite tu..)
-dok kat prayer hall (Alhamdulillah hari ni tambah lagi sorang kawan baru - Sabiah (pakistan tapi dh cadi org local sbb lahir kat sini) dan Alhamdulillah jugak sbb dpt solat berjemaah dgn Sabiah..=)
- g library balik
-balik rumah (pikir esok nak masak ape) huhu
-bacaan al-mulk
-Tidur =)

Ya Allah jadikanlah aku seorang yang lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..Amin...










Sunday 6 March 2011

Sardin....=)



Sardin...=)

Menu hari ni ialah sardin.Pagi makan corn flakes ngn susu.tgh hari makan sardin dan sayur goreng.menu petang roti cicah sardin..erm mlam jap lagi nmpk gayenye akan makan sardin juga..hehe...Aktiviti hari ni adalah MEMBACA.hehe..walaupun hobi saya bukan membaca. Membaca ariticle, membaca blog dan juga membaca buku kisah2 sahabat versi kanak2..=) blog??? kat sini saya ingin berkongsi mengenai blog yang menarik dan bnyk menceritakan mengenai kanak2..=) http://didikcinta.blogspot.com/2011/01/mars-vs-venus.html
Saya amat kagum dengan penulis kerana walaupun sesuatu perkara yang mungkin kecil bagi orang lain tetapi tidak bagi beliau.Beliau amat mengambil berat tentang hal ehwal semasa anak2nya.=) sebagai contoh ank lelaki beliau mengatakan bahawa membasuh pinggan adalah kerja orang perempuan sahaja. Mungkin ini dianggap normal, tetapi penulis berpendapat bahawa lelaki perlu membantu kaum hawa dlm membuat kerja rumah misalnya. Jadi sebagai ibu bapa, kita haruslah mengajar anak-anak supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain, bukan mengharapkan kaum hawa semata2 untuk membuat kerja rumah.
"Nabi juga melakukan pelbagai kerja rumah spt membasuh pakaiannya sendiri, membaiki sandalnya, membaiki pakaiannya (menjahit dan membubuh butang baju), menyapu rumah, menjaga binatang peliharaan, pergi ke pasar dan membawa sendiri grocery (barangan pasar) itu. Ini diriwayatkan dalam hampir semua kitab seerah dari sumber yg sahih termasuk isterinya sendiri Aisyah ra.
Dunia sebenarnya sudah jauh berubah, isteri hari ini bukan lagi suami/isteri tulin di zaman di mana uruf (pada masa itu) suami keluar berburu dan isteri menjaga rumah saja. Hari ini, kedua-dua suami-isteri sama-sama keluar berburu, maka jalan yg ideal sudah tentu urusan rumahtangga pun sama-samalah kena jaga. Dan perubahan budaya ini bukan lagi suatu yg ganjil hari ini. Maka (kita berpendapat) dakwaan dayus itu sebenmarnya tidak benar." (Aizuddin)
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/membantu-isteri-kerja-rumah.html


Eh terjumpa gambar yang bilangan ahli sama seperti keluargaku..=) 

Saturday 5 March 2011

Kenduri Aqiqah Amru.. (anak kak syikin) =)

Hari ni bangun awal sbb housemate nak g manchester, jadi bagun awal tolong kejut pagi.Bangun2 je tgk housemate dh bagun..=) aku pun terus solat subuh.Ari ni best pagi2 lagi dh bergayut ngn nenek dan ibu..=) lps bergayut aku terlena sebentar.(pesanan kat diri..nurul x baik tido lepas subuh) ni link penerangan lebih lanjut dan ceramah Ustaz Kazim http://aremies.com/2011/01/02/akibat-dan-hukum-tidur-selepas-subuh-dan-asar/ .

Peringatan!!!! jadi tidur awal ye..=)

Tgh hari tadi Majlis Aqiqah baby Amru..=) kenduri diadakan di Uni of Birmigham.Ramai upe2nye org melayu di Birm ni..=) dh duk 6 bulan kat sini baru dpt jumpe dgn ramai org Birm.Mungkin disebabkan aku dok jauh skit dari Uni of Birm.Plus sblm ni asyik berhijrah ke Warwick je..hehe..rindu umah 248 (farahin,erma,su,qilah,jah,arah n airen). Berbalik cite kenduri aqiqah tadi, aqiqah adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).Huraian lanjut sila lah berkunjung ke blog ini...http://pakarhowto.com/info-berguna/apa-itu-aqiqah-dan-hikmah-disebalik-amalan-ini.html#more-1755 
Tapi hari ni de berita sedih, beritanya adalah gambar2 yang ditangkap melalui hand-phone telah hilang disebabkan tidak berhati2 ketika transfer document..hukhuk..tapi Alhamdulillah Erma ade tangkap gambar gune camera..=)  



Baby Amru =)

Friday 4 March 2011

Hari Rehat Sedunia....

Assalamualaikum....

Kenapa hari ini saya menggelar hari rehat sedunia??? Ini kerana saya tidak belajar secara gigih berbanding hari2 yang lain.Pada waktu pagi, saya skype dgn atuk dan nenek saya dan adik2 saya.Mule2 saya berniat nk g library pada sebelah petang, tetapi tidak menjadi kerana mendapat surat refund enrollment Uni.Jadinye kene g bank and settlekan duit.Lepas dh settle duit g pulak beli barang2 umah sbb bnyk yang dh abis....Inilah kehidupan saya pada hari ini....walaupun hari rehat sedunia tapi letih jugak g beli barang sbb jalan kaki...huhu..

Time skype tadi, adik haziq de transfer gambar umah setelah di cat baru...erm kemas tapi suke lagi warne dlu kot sbb ade hijau..=) hehe..plus ade atap utk kolam ikan utk ikan2 berteduh..hehe..sian ikan ye..kak nurul dh lame x bagi ikan2 makan.Sebelum ni, bile aku kuar umah je mesti bagi ikan2 makan...=) rindunye kat ikan2...=(
Sekali pandang cm same je.Upenye de atap kolam ikan.



                           Dulu tempat parking ni warna hijau...
 Kerja penambahan atap untuk kolam ikan.

Time skype tadi ibu sibuk memasak Nasi Mandy kerana malam ni pengantin baru nk datang rumah. Kak Azzah bersama2 suaminya..Tahniah Kak Azzah dan Selamat Pengantin Baru. Barakallahukuma..=)


 gambar hiasan semata2...

~ nurul ~

Thursday 3 March 2011

hoyeah!

Alhamdulillah hari ni dapat menyesuaikan diri dkt prayer hall walaupun still sorang2..tapi bile dgr bilik wudhu budak lelaki bunyi air, berani skit..=) erm bile la nak jadi berani ni nurul...hehe..tapi saya lebih berani dari ibu saya,..hehe..=)

waa...berani btol ni anak sape la ni...ish2.. 

Ari ni x skype ngn ibu sbb ibu bz sbbnye esok hari jumaat jadi ari khamis kene buat bnyk skit kuih bakar dan kek kukus sbbnye ari jumaat org kat jalan duta tu ramai (Masjid Wilayah).bape bnyk sbbnye daa..kene blaja care buat ayat ni..erm Walaupun hari jumaat hari yang slalunye menguntungkan peniaga tetapi sebagai peniaga kita diharamkan utk berurusan jual beli terutama dengan lelaki ketika waktu solat jumaat.Jadi kepada peniaga2, jangan jual makanan or ape2je la dekat org lelaki time waktu solat jumaat ye.Bukan setakat org yang x solat tu berdosa dgn kite2 (peniaga) pun berdosa jugak..=( (sumber Ustaz Syed Mohd Norhisyam - mentor Imam Muda 1).


haa....ni la kuih bakar yang ibu jual...=)

Secara kesimpulannya, kita hendaklah menjadi seorang yang berani dan tidak mengadakan urusan beli semasa Solat Jumaat ye kawan2..=)

~Nurul~

Wednesday 2 March 2011

Bicara mengenai kek..=)

Alhamdulillah ari ni bangun2 pagi je trus skype ngn ibu..hehe..isu yang dibincangkan adalah mengenai kek.=)


sgt2 menarik sbbnye ni hobi kitorang..=).hehe...
tunggu akk balik nnt kite sambung balik hias menghias kek ni tau..=)
Hari ni sangat2 bersemangat setelah berskype dgn ibu di awal pagi.Lepas skype masak utk ari ni dan terus pergi ke sekolah untuk menghadirkan diri ke class.Selepas tu duduk kat prayer hall sampai asar.Then g library.Pastu waktu maghrib g prayer hall sorang2...hehe agak ngeri sbbnye dlm prayer hall x de org pun...dh la tempat lelaki n perempuan asing..mmg sunyi.tapi kuatkan ati..=) Setelah selesai solat, g library balik sampai skrang.=) Akhirnya, aku berjaya menyesuaikan diri utk bergerak sorang2 watu malam.=) (kalau ibu tau ni mesti kene tazkirah nanti)..hehe..love u ibu..=) syg abah jugak..=) atuk nenek n adik2..=)

~kakak yang jauh di mata tapi dekat di hati..=) ~


Tuesday 1 March 2011

SKYPE???


Ari ni x sempat nk skype ngn ibu...kalau x hari2 skype.kalau x skype pun call awal2 b4 ibu tnye kabar aku kat sini..=) ari ni disebabkan tutor lambatkan 'date' so kuar dari bilik tutor sedar2 sh kol 2ptg waktu UK.tgk2 hp ibu msg tnye kat mane.pelik anak dier x contact ari ni.hehe..suke sgt2 sbb dpt msg dari ibu..=)..miss u a lot ibu...=) rindu abah jugak..=)

my beloved parents