Sunday 6 March 2011

Sardin....=)



Sardin...=)

Menu hari ni ialah sardin.Pagi makan corn flakes ngn susu.tgh hari makan sardin dan sayur goreng.menu petang roti cicah sardin..erm mlam jap lagi nmpk gayenye akan makan sardin juga..hehe...Aktiviti hari ni adalah MEMBACA.hehe..walaupun hobi saya bukan membaca. Membaca ariticle, membaca blog dan juga membaca buku kisah2 sahabat versi kanak2..=) blog??? kat sini saya ingin berkongsi mengenai blog yang menarik dan bnyk menceritakan mengenai kanak2..=) http://didikcinta.blogspot.com/2011/01/mars-vs-venus.html
Saya amat kagum dengan penulis kerana walaupun sesuatu perkara yang mungkin kecil bagi orang lain tetapi tidak bagi beliau.Beliau amat mengambil berat tentang hal ehwal semasa anak2nya.=) sebagai contoh ank lelaki beliau mengatakan bahawa membasuh pinggan adalah kerja orang perempuan sahaja. Mungkin ini dianggap normal, tetapi penulis berpendapat bahawa lelaki perlu membantu kaum hawa dlm membuat kerja rumah misalnya. Jadi sebagai ibu bapa, kita haruslah mengajar anak-anak supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain, bukan mengharapkan kaum hawa semata2 untuk membuat kerja rumah.
"Nabi juga melakukan pelbagai kerja rumah spt membasuh pakaiannya sendiri, membaiki sandalnya, membaiki pakaiannya (menjahit dan membubuh butang baju), menyapu rumah, menjaga binatang peliharaan, pergi ke pasar dan membawa sendiri grocery (barangan pasar) itu. Ini diriwayatkan dalam hampir semua kitab seerah dari sumber yg sahih termasuk isterinya sendiri Aisyah ra.
Dunia sebenarnya sudah jauh berubah, isteri hari ini bukan lagi suami/isteri tulin di zaman di mana uruf (pada masa itu) suami keluar berburu dan isteri menjaga rumah saja. Hari ini, kedua-dua suami-isteri sama-sama keluar berburu, maka jalan yg ideal sudah tentu urusan rumahtangga pun sama-samalah kena jaga. Dan perubahan budaya ini bukan lagi suatu yg ganjil hari ini. Maka (kita berpendapat) dakwaan dayus itu sebenmarnya tidak benar." (Aizuddin)
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/membantu-isteri-kerja-rumah.html


Eh terjumpa gambar yang bilangan ahli sama seperti keluargaku..=) 

No comments:

Post a Comment